Sunday, 15 August 2010

Islamic Medical Treatment Course








Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua.

Sempena bulan Ramadhan ini, PPMK + KIMS berbesar hati untuk menganjurkan Kursus Perubatan Islam (Level 1) yang akan dikendalikan oleh seorang Pakar Perubatan Islam dari Malaysia.

Kursus ini akan mengetengahkan teknik pengendalian rawatan bagi menangani gangguan jin dan sihir, serta membimbing masyarakat agar memperlengkapkan diri dengan benteng-benteng dari anasir jahat yang lain. Demo rawatan pesakit yang mengalami gangguan jin dan sihir juga akan ditunjukkan.

Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berada di Korea. Kepada yang berminat untuk menyertainya, anda boleh mendaftarkan diri di ruangan komen di bawah :


Nama :
Batch : 

** Untuk pelajar Master/PHD, sila nyatakan nama universiti di ruangan Batch.


Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Ahnaf Qais 010-4342-2209 dan Kamil Halim  010-7557-5799 .


Terima kasih.


Anjuran Bersama :

Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK)
Kelab Umno Korea (KUK)
Korean Islamic Malaysian Students (KIMS)

Sunday, 8 August 2010

Biodata Penceramah Jemputan


Biodata ringkas penceramah jemputan dari Malaysia. Beliau akan mengisi slot-slot aktiviti sepanjang Ramadhan 1431 di Korea. Sebarang pertanyaan dan permintaan untuk diadakan aktiviti bersama ustaz, boleh hubungi kami melalui emel seperti berikut  : ramadhankorea1431@yahoo.com

------------------------------------------------------------------------------------


Ustaz Mohd. Tirmizi Zainal, (advisor of 'Professional Islamic Support And Nurture Group' (PISANG) Sabah East Malaysia), like others, is just an ordinary Malaysian conducting mobile clinics to rid victims of sihir (black magic) spells and disturbances caused by evil spirits. He is probably Malaysia’s youngest Islamic medical practitioner who specialises in undoing charms caused by irresponsible 'bomoh'. He has seven years experience dealing with things from another world since he was 16.

He travelled to Australia, Brunei, Egypt, Korea, Japan, Singapore, Yemen and UK to help the needy to ease themselves from evil spirit.

Based on report from PISANG-UK website, his recent visit to Cairo Egypt, of the 1,200 students screened by him, he claimed that 153 were affected by jinn, 114 black magic, while 48 people suffered stress or depression. This makes up about a quarter of those screened and since there are 8,000 Malaysian students in Egypt, the actual number of those afflicted could be higher. Apart from Malaysia, the number in Cairo is the highest he has found so far.

Tirmizi has conducted an intensive course on treating 'illnesses caused by the unseen' in Bicester, Manchester and Leeds in April 10 to May 24. He also held series of free mobile screening clinics in those cities as well as in Newcastle. Back to Malaysia, Tirmizi has conducted series of courses at Kota Kinabalu.

Obviously, Tirmizi’s most powerful weapon is his Quranic verses he uses them with dramatic effect to weaken and drive demons out from the sick.

“You can’t see the jinn in the in original form. They can manifest themselves in any form and travel anywhere in an instant,” explains Tirmizi.

“We usually ask its name and where they comes from,” Tirmizi says he has encountered spirits from other countries like Jordan, South Korea, China, India, Japan,Thailand, France and Australia.

“Surprisingly, most of the jinn spoke in Malay,” says Tirmizi.

Based on his experience in Sabah East Malaysia in 2007, there were cases where the powerful jinn controlled by evil bomohs, refused to leave the victim’s body and instead offered to challenge Tirmizi. Alhamdulillah, with Allah's will, Tirmizi managed to cast out the spirits after three or four treatment sessions with the victim. Tirmizi conducted about 15 minutes mass screenings involving recitation of Quranic verses and those possessed by spirits may become hysterical or their facial expressions may change. They are then separated and undergo second round involving the recitation of other verses of the Quran.


Saturday, 7 August 2010

Aktiviti Sepanjang Ramadhan 1431H

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang menurunkan malam Lailatul Qadar dengan segala Maha Kehebatannya, selawat dan salam buat junjungan besar kekasih yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat baginda.

Setinggi syukur kita panjatkan kerana terus diberikan kesempatan usia dan kesihatan untuk menemui Ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan bukanlah sekadar bererti tidak makan ataupun minum sahaja, tetapi ia adalah wadah Sillah dan Miftah. Iaitu penyambung dan juga pelengkap kepada ikatan rabitah ummah yang satu dan padu, sesuai dengan konsep ummatan wasatan dan satu Malaysia.

Maka, pada kesempatan ini, kami mewakili barisan kepimpinan PPMK, KUK dan KIMS ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan buat semua. Hiasilah bulan yang penuh berkat ini dengan titipan keinsafan dan muhasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik dari dahulu.

Bagi memeriahkan Ramadhan pada kali ini, berbagai aktiviti telah disusun bersama PPMK, KUK dan KIMS bagi memastikan kehadiran Ramadhan pada kali ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Marilah sama-sama kita perkukuhkan lagi kekuatan ummah, bagaikan dinding yang kuat dan tebal, kita bersatu agar tidak mudah ditewaskan.

Akhir kata, kami sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Ramadhan Korea 1431 yang bertungkus-lumus merencanakan aktiviti sepanjang Ramadhan yang akan berlangsung nanti.

Semoga segala amal ibadah dan jariah yang akan kita lakukan di bulan Ramadhan nanti akan diterima dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.


Mohd Kamil Bin Ab Halim
Presiden PPMK 09/10

cc :  Mohd Hafizul Bin Ismail
        Pengerusi KUK 09/10

        Ahnaf Bin Abdul Qais
        Pengerusi KIMS