Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang menurunkan malam Lailatul Qadar dengan segala Maha Kehebatannya, selawat dan salam buat junjungan besar kekasih yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat baginda.
Setinggi syukur kita panjatkan kerana terus diberikan kesempatan usia dan kesihatan untuk menemui Ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan bukanlah sekadar bererti tidak makan ataupun minum sahaja, tetapi ia adalah wadah Sillah dan Miftah. Iaitu penyambung dan juga pelengkap kepada ikatan rabitah ummah yang satu dan padu, sesuai dengan konsep ummatan wasatan dan satu Malaysia.
Maka, pada kesempatan ini, kami mewakili barisan kepimpinan PPMK, KUK dan KIMS ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan buat semua. Hiasilah bulan yang penuh berkat ini dengan titipan keinsafan dan muhasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik dari dahulu.
Bagi memeriahkan Ramadhan pada kali ini, berbagai aktiviti telah disusun bersama PPMK, KUK dan KIMS bagi memastikan kehadiran Ramadhan pada kali ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Marilah sama-sama kita perkukuhkan lagi kekuatan ummah, bagaikan dinding yang kuat dan tebal, kita bersatu agar tidak mudah ditewaskan.
Akhir kata, kami sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Ramadhan Korea 1431 yang bertungkus-lumus merencanakan aktiviti sepanjang Ramadhan yang akan berlangsung nanti.
Semoga segala amal ibadah dan jariah yang akan kita lakukan di bulan Ramadhan nanti akan diterima dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Mohd Kamil Bin Ab Halim
Presiden PPMK 09/10
cc : Mohd Hafizul Bin Ismail
Pengerusi KUK 09/10
Ahnaf Bin Abdul Qais
Pengerusi KIMS
No comments:
Post a Comment